Awas dengan Tawaran Percuma…
August 2, 2010 by: wansukriBaik anda berhati-hati sebelum download sesuatu yang dikatakan percuma, kadang kala ianya adalah satu perangkap jualan yang dilakukan terutama oleh IM luar negara. Dan paling menyedihkan apabila anda masukan email kononnya untuk download produk percuma tersebut….email anda akan dipenuh spam oleh pelbagai pihak…betul-betul tak faham. Ini lah perkara yang perlu anda hindarkan. Sebelum anda download , biasanya anda akan dibawa ke satu laman lain dengan tawaran sekitar USD7-USD17 kan dah kena tipu…tadi kata free.
Yang paling sedih…benda ni bawa oleh IM tempatan, yang kononnya dia berjaya memujuk kawannya untuk bagi free produk tersebut kepada kita…sebaliknya ada udang disebalik mee…Berhati-hati lah jika tidak mahu email anda penuh dengan SPAM dari luar negara. Saya dah terkena..harap anda tidak terkena, hanya perkongsian dari saya.Setakat saya melanggan sebagai subscriber dengan IM ni…banyak benda seperti ini yang beliau lakukan. Saya sudah pertimbangkan, selepas ini akan unsubscribe dengan mereka.
Setakat yang saya ketahui IM malaysia memang beretika dalam pemberian produk percuma( atau lebih glamer disebut mengumpul mailing list) mereka benar-benar menjaga hak privasi kita. Tetapi kalau IM antarabangsa…jangan percaya 100% walaupun ada disebutkan kami menjaga hak privasi anda….sekadar menyedapkan hati kita agar memasukan email untuk dijadikan mailing list mereka.
Pengalaman memang mengajar kita,seperti saya setelah terkena begini. Saya telah terpikir satu alternatif yang anda juga boleh lakukan. Sebagai orang baru kita memang perlu produk-produk percuma seperti ini, untuk rujukan dalam IM ini. Langkah yang perlu kita lakukan ialah dengan membuka dua akaun atau lebih akaun email. Tujuannya adalah untuk kita donwload bahan-bahan tersebut, akaun utama jangan sekali-kali kita guna. Hanya masukan akaun yang baru tu, walaupun bertalu-talu email masuk kita dengan yakin…tik all dan delete….






saya amat setuju dengan kenyataan sanudara.
saya pun pernah terkena , ada IM tempatan kata dia berjaya pujuk member dia bagi produk free . Saya pun just go on jerla bagi link dan download sekali dari luar negara ,
Nice one!, friend..visit my latest too..goin’ to touch ur heart, hopefully ;D
perkara seperti ini tidak sepatutnya dilakukan oleh IM yang dah terkenal, kot ye pun nak dapatkan bonus tak payahlah guna ayat-ayat yang begitu…kita kena hati-hati dengan mereka kalau tak…penuh email spam
Perangkap IM luar ini dah banyak kali saya kena. Sehinggakan kotak email saya bertalu-talu dan mencurah-curah dengan email spam entah dari siapa (maksud saya adakah manusia atau robot yang hantar email terlalu banyak). Dalam 2 hari aje kotak email saya boleh mencecah hampir 2000 email. So sekarang saya lakukan seperti mana kata sdra wansukri, saya gunakan email kedua untuk lihat taktik mainan mereka.
dalam dunia IM mereke gelarkan autoreponder, semua telah diset sama ada berapa lama untuk setiap email dihantar, jika IM tempatan mereka akan selang beberapa hari,jika dari luar setiap minit ada sahaja emil spam yang masuk. Jalan yang sebaiknya cipta lagi satu email khas untuk download produk dari IM luar negara. Tindakan saudara Rusli bertepatan.
Ini adalah salah satu TRICK yang sering digunakan oleh IM luar negara ataupun di malaysia sendiri. Ada yang positif dan negatif, jika saluran yg betul maka segala maklumat kita selamat namun kebanyakan maklumat kita banyak disalah guna. Ianya sudah menjadi trend kebanyakan IM..
setakat ini,hanya dua orang sahaja IM tempatan yang sering menggunakan trik ini, yang lain saya tidak berapa pasti, Jika IM tempatan kesannya tidak begitu terasa, tetapi jika IM luar negara kita akan dihujani dengan pelbagai SPAM yang kita sendiri tidak tahu. Tawaran datang bertubi-tubi…tetapi untuk mendapatkan produk tersebut kita terpaksa mengisi berulang-ulang kali email. Saya setuju dengan Saudara Muhd Suhaily ,bagi IM tempatan kita ada budaya kita sendiri.
That’s not a time to waste it! Search for trustworthy custom course works writing firm and order coursework online from them.
i’m adding your blog rss feed so that i can see your new posts. keep up the good work!